Jumaat, 24 Mei 2013

Persiapan Temuduga Jawatan Pembantu Pendaftaran KP17


 
Temuduga lagi...lalalala
 
Salam semua,nampaknya minggu ini mama Naqiu akan  sibuk membuat persiapan untuk next interview.Erm bila ye..Yes,Bulan 6 ini dapat dua lagi interview dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Satu untuk jawatan Pembantu Pendaftaran KP17 dan yang lagi satu tu Penolong Pegawai Tadbir  N27.Seperti biasa  bila dah tau dapat interview memang saya akan buat persiapan walau di hati ini memang selalu ada getaran cuak bila fikir nak pergi menghadap panel temuduga.
Sebagai penjawat awam yang tengah bekhidmad,saya perlu bersedia untuk ditanya soalan-soalan yang berkaitan dengan tugas semasa saya dan juga yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.Ini termasuklah cuti2 dalam kerajaan,kursus,etika penjawat awam,tatatertib,elaun2 dalam perkhidmatan,fail meja,HRMIS,pengistiharan harta,etika mesyuarat,pekeliling perkhidmatan yang diguna pakai,buku perkhimatan dan banyak lagi la yang berkaitan kerajaan ni.Erm,kalau nak cari baahan2 bacaan tu mudah ajer,tanyer je MR GOOGLE,InsyaAllah banyak yang dia offer bahan bacaan kat kita.
Nak tahu persediaan pertama saya untuk jawatan Pembantu Pendaftaran KP17 ni???
First sekali saya terus saja melawat ke portal  Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my .Info  terkini yang patut kita tahu adalah Menteri Dalam Negeri yang baru saja dilantik ialah YB Dato'Seri Dr Zahid Hamidi , dan Timbalan Menteri dalam Negeri ialah Yb Dato'Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Seterusnya kita boleh la take note semua info yang ada dalam portal JPN ni,carta organisasi,perkhidmatan JPN,Cawangan2 JPN yang ada,waktu operasi kaunter,jenis borang yang digunakan,bayaran yang dikenakan,kegunaan MYkad,dan pendek kata study betul2 laman JPN ni.
Sebenarnya tahun lepas saya dah pernah hadir interview jawatan ini. Pengalaman lepas, saya ditanya soalan Siapa Ketua Setiausaha Negara,JPN ada berapa cawangan,berapa tempoh untuk mendaftaar kelahiran anak dan prosedur yang diperlukan,prosedur pendaftaran perkahwinan bukan Islam dan beberapa lagi soalan berkaitan JPN dan perhidmatan awam.So,kepada sesiapa yang berminat dengan jawatan Pembantu Pendaftaran KP 17 ini,buat persediaan yang TERBAIK ok.
 

4 ulasan:

ANUGERAH ALLAH BUAT DIRIKU berkata...

salam..wahai tuan rumah..............saya pun interbiu utk post yg sama..tgh mengGOOGLE gk nie.....

little genius Q berkata...

salam...ye,bila interview tu..
gud luck ya...

sue rose berkata...

bila die punye result ye? sy lupa..dah lepas ke? tolong..huhu

little genius Q berkata...

result jawatan ni belun kuar...mungkin dalam minggu depan ni kot.bole check dalam portal SPA nanti...