Memaparkan catatan dengan label Tips Temuduga Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Temuduga Kerajaan. Papar semua catatan

Isnin, 9 September 2013

ERM TEMUDUGA PEGAWAI KHIDMAD PELANGGAN PULA...

Salam semua, wah murah betul rezeki sha tahun ni dengan SPA ni, asyik dapat interview jer..hehe..
minggu ni ada interview Pegawai Khidmad pelanggan N17..erm..rasanya terpaksa tolak untuk hadir, kerana kesihatan yang tak mengizinkan..huhu asyik demam jer minggu ni...nak prepare apa pun tak sempat..tapi tak apalah, lagipun dah dapat calon simpanan PPT N27 , harap-harap yang ni akan berjaya..Semoga Allah akan cepatkan rezeki PPT N27 ni..Rakan-rakan yang lain jika ada yang seperti nasib saya ni,sila lah share2 kat sini yer...

Jumaat, 24 Mei 2013

Persiapan Temuduga Jawatan Pembantu Pendaftaran KP17


 
Temuduga lagi...lalalala
 
Salam semua,nampaknya minggu ini mama Naqiu akan  sibuk membuat persiapan untuk next interview.Erm bila ye..Yes,Bulan 6 ini dapat dua lagi interview dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Satu untuk jawatan Pembantu Pendaftaran KP17 dan yang lagi satu tu Penolong Pegawai Tadbir  N27.Seperti biasa  bila dah tau dapat interview memang saya akan buat persiapan walau di hati ini memang selalu ada getaran cuak bila fikir nak pergi menghadap panel temuduga.
Sebagai penjawat awam yang tengah bekhidmad,saya perlu bersedia untuk ditanya soalan-soalan yang berkaitan dengan tugas semasa saya dan juga yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.Ini termasuklah cuti2 dalam kerajaan,kursus,etika penjawat awam,tatatertib,elaun2 dalam perkhidmatan,fail meja,HRMIS,pengistiharan harta,etika mesyuarat,pekeliling perkhidmatan yang diguna pakai,buku perkhimatan dan banyak lagi la yang berkaitan kerajaan ni.Erm,kalau nak cari baahan2 bacaan tu mudah ajer,tanyer je MR GOOGLE,InsyaAllah banyak yang dia offer bahan bacaan kat kita.
Nak tahu persediaan pertama saya untuk jawatan Pembantu Pendaftaran KP17 ni???
First sekali saya terus saja melawat ke portal  Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my .Info  terkini yang patut kita tahu adalah Menteri Dalam Negeri yang baru saja dilantik ialah YB Dato'Seri Dr Zahid Hamidi , dan Timbalan Menteri dalam Negeri ialah Yb Dato'Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Seterusnya kita boleh la take note semua info yang ada dalam portal JPN ni,carta organisasi,perkhidmatan JPN,Cawangan2 JPN yang ada,waktu operasi kaunter,jenis borang yang digunakan,bayaran yang dikenakan,kegunaan MYkad,dan pendek kata study betul2 laman JPN ni.
Sebenarnya tahun lepas saya dah pernah hadir interview jawatan ini. Pengalaman lepas, saya ditanya soalan Siapa Ketua Setiausaha Negara,JPN ada berapa cawangan,berapa tempoh untuk mendaftaar kelahiran anak dan prosedur yang diperlukan,prosedur pendaftaran perkahwinan bukan Islam dan beberapa lagi soalan berkaitan JPN dan perhidmatan awam.So,kepada sesiapa yang berminat dengan jawatan Pembantu Pendaftaran KP 17 ini,buat persediaan yang TERBAIK ok.
 

Sabtu, 13 April 2013

PENGALAMAN TEMUDUGA : PENYELIA ASRAMA N17

 
Sebenarnya sebelum ni dah bermacam-macam interview dari SPA yang saya hadiri...semenjak jadi Pembantu Tadbir N17 secara kontrak lagi saya giat pegi interview Pembantu Tadbir N17,Pegawai Khidmad Pelanggan N17, Pembantu Pendaftaran KP17, dan banyak lagi la...walaupun saya tak bagitu bernasib baik( tak berjaya interview..huhu...) tapi saya happy,sekurang-kurangnya saya boleh ambik pengalaman2 tu dan try again...mana tahu ada rezeki,saya berjaya.Amin.

o.k.ok..ni nak cerita pasal pengalaman temuduga Penyelia Asrama N17. Baru jer gi interview, 4.4 2013 aritu. Surat panggilan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA ) , kementerian pulak dalam surat tu tulis pelbagai jabatan.Tempat temuduga saya tu kat Bangunan Persekutuan, Jalan Anson,Pulau Pinang..
Saya sampai awal jugak ke bilik temuduga tu..lebih kurang pukul 7.45..( hehe temuduga pukul 8.00).

Yang bestnyer, saya adalah calon kedua yang dijemput masuk mengadap panel penemuduga..Em biasaya kalau temuduga lain,no 7 , 8 jugak ler saya ni...

Panel penemuduga ada dua orang jer...seorang wakil pihak SPA dan seorang lagi wakil pelbagai Jabatan..

First, saya diminta perkenalkan diri saya...saya pun ceritala serba sikit background family, education,pengalaman kerja...

ok,panel  cakap  disebabkan saya adalah calon yang sedang berkhidmad,( sekarang kerja pembantu am pejabat ) dan pernah pulak jadi pembantu Tadbir N17 ( kontrak ) saya diminta menyatakan jenis-jenis cuti dalam perkhidmatan...lepas tu panel sampuk pulak katanya bagaimana dengan prosedur cuti kecemasan..bagaimana dengan situasi jika anak saya sakit, dan saya mohon cuti kecemasan, tapi ketua jabatan tak izinkan...apa tindakan saya...Saya cakap: saya tak akan cuti, kerana lebih utamakan perkhidmatan untuk rakyaat..saya akan minta suami atau emak yang jaga anak...ok,panel puas hati dan senyum jer...

soalan seterusnya dia tanya lagi : sebutkan pekeliling perkdmatan yang saya tahu...saya pun jawab ler pekeliling-pekeliling yang saya tahu...ok, panel senyum dan sambung lagi dengan soalan : siapa nama pegawai Daerah saya..saya pun jawab .....Then,panel sampuk pulak...bukan nama Pegawai daerah......( hehe...saja nak uji saya jer kot )...saya pertahankan nama yang saya berikan tadi...ok,panel senyum,setuju..

panel tanya lagi jika saya diberi peluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi, apa pendapat saya,memandangkan saya ada Diploma?...Saya jawab ler saya akan terima kerana saya ingin meningkatkan kerjaya saya dan berpeluang menyumbang dengan lebih baik dalam perkhidmatan...

Last sekali, panel tanya kepada saya : Mengapa kami patut mengambil anda berbanding calon lain....
hehe....ok...itu saja soalan yang saya dapat pada hari interview tu..Bulan depan baru tau resultnyer...Semoga ada rezeki untuk jawatan ini....InsyaAllah..Usaha,doa dan tawakal. Amin...
Untuk lebih info dan tips-tips yang berkesan menghadiri temuduga, sila klik link di bawah,
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=shakimahsha