Isnin, 9 September 2013

ERM TEMUDUGA PEGAWAI KHIDMAD PELANGGAN PULA...

Salam semua, wah murah betul rezeki sha tahun ni dengan SPA ni, asyik dapat interview jer..hehe..
minggu ni ada interview Pegawai Khidmad pelanggan N17..erm..rasanya terpaksa tolak untuk hadir, kerana kesihatan yang tak mengizinkan..huhu asyik demam jer minggu ni...nak prepare apa pun tak sempat..tapi tak apalah, lagipun dah dapat calon simpanan PPT N27 , harap-harap yang ni akan berjaya..Semoga Allah akan cepatkan rezeki PPT N27 ni..Rakan-rakan yang lain jika ada yang seperti nasib saya ni,sila lah share2 kat sini yer...

Rabu, 4 September 2013

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS - PART 1


Percutian Di Cameron Highlands bersama Mylovely hubby and son.
Tarikh :     Julai 2013 ( bulan Ramadhan yang mulia)
Di Cameron,kami memilih hotel Jasmine,yang terletak di Brinchang.
Kadar bayaran untuk 3 hari 2 malam pun amat berpatutan,tambahan pulak waktu kami bercuti tidak berada dalam zon cuti sekolah, jadi tak lah sesak sangat Cameron ni..

Staf Hotel Jasmin yang peramah dan sudi melayan pertanyaan kami.Memang terbaik dari staf kaunter ke staf housekeeping,semuanya berbudi bahasa.

 
Naqiuddin yang masih segar,walaupun dah menempuh perjalanan dekat 4 jam.
 
Pemandangan dari dalam bilik Hotel Jasmin,tingkat 4.
Hotel yang kami pilih ni berdekatan je dengan stesen minyak,KFC pun dekat jer,ada kedai-kedai makan di sebelah Hotel Jasmin ni...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS -PART 3


 Kami tak melepaskan peluang berkunjung ke ladang strawberry...ladang strawberry yang menjadi pilihan ialah Raju Hill Strawberry..masuk percuma jer..dan kita leh petik  sendiri buah2 yang yummy ni ....erm harga dia untuk 1kg Rm60.
jom tengok picture dulu...jom2
yummy...







Selasa, 3 September 2013

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS-PART 2

Dari sudut pandangan peribadi Sha,berbaloi juga bercuti di Cameron Highlands ni,dengan cuacanya yang masih kekal dingin,membuatkan kita berasa seperti bercuti di tempat peranginan luar negara pulak...best sangat...
Di Cameron, banyak tempat yang boleh kita lawat, nak cari pun tak susah..dari satu tempat ke tempat lain tu dekat-dekat jer...ada ladang teh,ladang strawberry,ladang sayur,butterfly farm,bee...banyak lagi ler...cuma sempat tak sempat jer nak terokai semua tempat2 ni...kalau yang datang bercuti lama tu no hal la kan...siap duit le pulak...hehe...duit hotel,duit makan lagi....
Sha sempat ler jugak pergi 4 ke 5 tempat tau....yer la bawa anak kan...kadang-kadang biasa ler bila time dia buat perangai ni..ermmmm...kalau berdua jer ngan hubby,confirm ler semua tempat kami jelajah..hehe..oey,jom tengok some picture yang sempat Sha snap dalam kamera henset yang tak berapa nak sempoi ni...jom2 jom2 ....
Picture ni ambik masa kat butterfly farm,,erm best jugak dapat tengok banyak sangat butterfly berterbangan di merata-rata tau...bayaran masuk pun berpatutan,dalam Rm5 untuk dewasa,kanak-kanak usia naqiuddin free ajer..bukan butterfly jer dalam ni,serangga yang lain pun ada gak..pssstt snake pun ader...boleh tahan besar jgk butterfly farm ni...
ni bukan la butterfly yer,,tengok betul2 ok...haha big frog la....besar dia seluas tapak tangan dewasa tau...


lihatlah picture atas tu,kami anak beranak hiking naik ke ladang teh BOH pulak...hehe...dalam 10 minit jer,,fun sangat...haha dah la bulan posa...kami posa tau...

                                 yeay,dah sampai ke ladang teh BOH....jom pi beli teh...jom2 mama..

Dah selamat borong teh BOH..murah giler dari kat pasaraya tau...hehe...tangan ayah muat nak bawak brg lg tu...


                                                  wajib bergambar lagi kat sini sebelum turun...hehe...