PENGALAMAN TEMUDUGA : PENYELIA ASRAMA N17
Sebenarnya sebelum ni dah bermacam-macam interview dari SPA yang saya hadiri...semenjak jadi Pembantu Tadbir N17 secara kontrak lagi saya giat pegi interview Pembantu Tadbir N17,Pegawai Khidmad Pelanggan N17, Pembantu Pendaftaran KP17, dan banyak lagi la...walaupun saya tak bagitu bernasib baik( tak berjaya interview..huhu...) tapi saya happy,sekurang-kurangnya saya boleh ambik pengalaman2 tu dan try again...mana tahu ada rezeki,saya berjaya.Amin.
o.k.ok..ni nak cerita pasal pengalaman temuduga Penyelia Asrama N17. Baru jer gi interview, 4.4 2013 aritu. Surat panggilan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA ) , kementerian pulak dalam surat tu tulis pelbagai jabatan.Tempat temuduga saya tu kat Bangunan Persekutuan, Jalan Anson,Pulau Pinang..
Saya sampai awal jugak ke bilik temuduga tu..lebih kurang pukul 7.45..( hehe temuduga pukul 8.00).
Yang bestnyer, saya adalah calon kedua yang dijemput masuk mengadap panel penemuduga..Em biasaya kalau temuduga lain,no 7 , 8 jugak ler saya ni...
Panel penemuduga ada dua orang jer...seorang wakil pihak SPA dan seorang lagi wakil pelbagai Jabatan..
First, saya diminta perkenalkan diri saya...saya pun ceritala serba sikit background family, education,pengalaman kerja...
ok,panel cakap disebabkan saya adalah calon yang sedang berkhidmad,( sekarang kerja pembantu am pejabat ) dan pernah pulak jadi pembantu Tadbir N17 ( kontrak ) saya diminta menyatakan jenis-jenis cuti dalam perkhidmatan...lepas tu panel sampuk pulak katanya bagaimana dengan prosedur cuti kecemasan..bagaimana dengan situasi jika anak saya sakit, dan saya mohon cuti kecemasan, tapi ketua jabatan tak izinkan...apa tindakan saya...Saya cakap: saya tak akan cuti, kerana lebih utamakan perkhidmatan untuk rakyaat..saya akan minta suami atau emak yang jaga anak...ok,panel puas hati dan senyum jer...
soalan seterusnya dia tanya lagi : sebutkan pekeliling perkdmatan yang saya tahu...saya pun jawab ler pekeliling-pekeliling yang saya tahu...ok, panel senyum dan sambung lagi dengan soalan : siapa nama pegawai Daerah saya..saya pun jawab .....Then,panel sampuk pulak...bukan nama Pegawai daerah......( hehe...saja nak uji saya jer kot )...saya pertahankan nama yang saya berikan tadi...ok,panel senyum,setuju..
panel tanya lagi jika saya diberi peluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi, apa pendapat saya,memandangkan saya ada Diploma?...Saya jawab ler saya akan terima kerana saya ingin meningkatkan kerjaya saya dan berpeluang menyumbang dengan lebih baik dalam perkhidmatan...
Last sekali, panel tanya kepada saya : Mengapa kami patut mengambil anda berbanding calon lain....
hehe....ok...itu saja soalan yang saya dapat pada hari interview tu..Bulan depan baru tau resultnyer...Semoga ada rezeki untuk jawatan ini....InsyaAllah..Usaha,doa dan tawakal. Amin...
Untuk lebih info dan tips-tips yang berkesan menghadiri temuduga, sila klik link di bawah,
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=shakimahsha
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=shakimahsha