Jumaat, 25 Mei 2012

JOM BELI : CLOTH BOOK ASSALAMUALAIKUM


Cloth Book - Assalamualaikum

  SOLD OUT
                                                               
                                                                 
Harga : RM 35.00

Kos Penghantaran : RM6.00 ( semenanjung ) RM 9.00 ( Sabah,Sarawak )

Hubungi saya : 013 - 484 6044, E-mail : shakimahsha@ymail.com


Informasi Produk

Tajuk: Assalamualaikum
Saiz: 16.5cm x 16.5cm (Approx.)
Material: High Quality Soft Polyster fabric and polyster filler.
Wash instruction: hand wash only, using soft detergent, do not put into washing machine.
Language: Malay, English and / or Arabic

  • Pelajari sebutan-sebutan ekspresi yang sepatutnya, sebagai orang muslim yang sesuai dengan keadaan dengan cara yang menyeronokkan, dengan buku yang 'terlembut' dan tahan lasak !
  • Pelajari apa yang perlu kita sebut ketika mmulakan sesuatu, ketika berlaku perkara tidak diingini, ketika berjanji dan pelbagai lagi.
  • Grafik menarik, warna terang dan gambar yang comel.
  • Selitkan juga tanda-tanda kebesaran Allah ketika bercerita,nilai-nilai murni tersebut, ciri-ciri suasana sekeliling ketika ekspereri dan pelbagaikan suasana membaca dengan ceria.
  • Ceritakan kenapa kita perlu berbuat baik dengan ucapan yang baik dengan ibu bapa, ahli keluarga , rakan-rakan dan orang lain dalam aktiviti seharian
  • Membaca seawal usia masih bayi,bagus untuk membantu perkembangan sensori dan otak bayi.Galakkan dia memegang, menyelak halaman, menggigit buku, malah tidur dengan buku selepas membaca tidak merisaukan lagi.
  • Baca dengan nada yang tinggi rendah, dengan bercerita dengan pelbagai gaya untuk membina imaginasi anak-anak yang sihat!
  • Pupuk minat membaca sejak bayi lagi!
  • Sesuai digunakan untuk semua golongan umur.
  • Buku ini boleh dibasuh dengan sabun yang lembut,menggunakan tangan.


JOM BELI : CLOTH BOOK ALIF TO YA


Cloth Book : Alif To Ya

 
SOLD OUT
 
Harga : RM 35.00

Kos Penghantaran : RM6.00 ( semenanjung ) RM 9.00 ( Sabah,Sarawak )

Hubungi saya : 013 - 484 6044, E-mail : shakimahsha@ymail.com



Informasi Produk

Tajuk: Alif To Ya
Saiz: 16.5cm x 16.5cm (Approx.)
Material: High Quality Soft Polyster fabric and polyster filler.
Wash instruction: hand wash only, using soft detergent, do not put into washing machine.
Language: Malay, English and / or Arabic

  • Pelajari huruf-huruf hijaiyah Alif sehingga Ya dengan cara yang menyeronokkan, dengan buku yang 'terlembut' dan tahan lasak !
  • Grafik menarik, warna terang dan gambar yang comel.
  • Selitkan juga tanda-tanda kebesaran Allah ketika bercerita,nilai-nilai murni haiwan tersebut, ciri-ciri haiwan, bunyi-bunyian dan pelbagaikan suasana membaca dengan ceria.
  • Membaca seawal usia masih bayi,bagus untuk membantu perkembangan sensori dan otak bayi.Galakkan dia memegang, menyelak halaman, menggigit buku, malah tidur dengan buku selepas membaca tidak merisaukan lagi.
  • Baca dengan nada yang tinggi rendah, dengan effect bunyi haiwan, dengan bercerita untuk membina imaginasi anak-anak yang sihat!
  • Pupuk minat membaca sejak bayi lagi!
  • Sesuai digunakan untuk semua golongan umur.
  • Buku ini boleh dibasuh dengan sabun yang lembut,menggunakan tangan.

JOM BELI : CLOTH BOOK WAKTU MAKAN


 Cloth Book - Waktu Makan





Harga : RM 35.00

Kos Pos : RM 6.00 (Semenanjung ), RM 9.00 ( Sabah,Sarawak )

Hubungi Saya : 013-484 6044, Email : shakimahsha@ymail.com



Informasi Produk

Tajuk: Waktu Makan
Saiz: 16.5cm x 16.5cm (Approx.)
Material: High Quality Soft Polyster fabric and polyster filler.
Wash instruction: hand wash only, using soft detergent, do not put into washing machine.
Language: Malay

  • Pelajari waktu makan bila lapar, makanan yang perlu kita makan, termasuk sayur! makanan perlu dikurangkan ialah Gula-gula!
  • Membaca bersama anak, terutamanya anak yang cerewet tantang makanan.
  • Bila waktu makan sebenar, cerita semula tentang buku yang dibacanya.
  • Membaca dengan cara santai, dengan buku yang 'terlembut' dan tahan lasak !
  • Ketika membaca, selitkan juga doa makan dan pelbagaikan suasana membaca dengan ceria.
  • Selitkan aktiviti bercerita tentang gambar tersebut.Anak-anak pasti seronok untuk membaca bersama anda.
  • Membentuk peribadi anak yang baik melalui membaca buku dengan nilai murni, diasuh sejak kecil.
  • Membaca seawal usia bayi,bagus untuk membantu perkembangan sensori dan otak bayi.
  • Galakkan dia memegang, menyelak halaman, menggigit buku, malah tidur dengan buku selepas membaca tidak merisaukan lagi.
  • Baca bersama anak dengan nada yang tinggi rendah, dengan bercerita dengan pelbagai gaya untuk membina imaginasi anak-anak yang sihat!
  • Pupuk minat membaca sejak bayi lagi!
  • Sesuai digunakan untuk semua golongan umur.
  • Buku ini boleh dibasuh dengan sabun yang lembut,menggunakan tangan.


Petua - Petua Hilangkan Demam Si Manja

Assalamualaikum... Di sini saya ada info yang nak dikongsikan dengan anda semua mengenai petua - petua nak hilangkan demam. Mudah saja petua ni, saya dapat daripada majalah mami Baby ( Februari 2012 ), Bahan-bahan pun mudah nak dapat, kat dapur kita pun ada. Petua 1 TELUR PUTIH Cara - cara 1.Pecah telur dan asingkan telur putihnya.Rendamkan dua helai sapu tangan di dalam telur putih. 2.Letakkan sapu tangan yang direndam tersebut di kedua belah tapak kaki si kecil. Balutnya dengan stokin. 3.Tunggu dan lihat- suhu akan menurun dalam masa beberapa minit. MENGAPA Telur putih tersebut akan meresap suhu yang panas dikepala-otak (di mana ia merbahaya ) ke tapak kaki ( Bahagian yang tidak merbahaya. Petua 2 HIRISAN KENTANG Cara-cara 1. Ambil sebiji kentang mentah dan hiriskan kentang tersebut. 2. Letakkan hirisan-hirisan tersebut di dahi si kecil dan berehatlah. Jangan lupa untuk menukar kentang mentah tersebut selepas beberapa minit.

Selasa, 22 Mei 2012

Kenali kanak-kanak pintar KIMIA - Ainan Celeste Cawley

 

Ainan mahasiswa berusia Ainan mahasiswa berusia 10 tahun


Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak-kanak termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti.






"SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis," luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.
Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.
"Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama," katanya.
Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.
Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.
Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia.






Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.
"Ya, saya faham apa yang dibaca," jawab Ainan ringkas.
Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.
"Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.
"Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia," kata Valentine.
Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.
Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.
Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.
Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.
Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.
Ainan di HELP



AINAN mampu menghuraikan simbol kimia yang kompleks.



Berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapa kanak-kanak genius lain, Valentine dan Syahidah sebenarnya sedikit bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan.
"Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan.
"Ramai beranggapan kanak-kanak pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari," kata Valentine.
Sekiranya kanak-kanak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekali gus hilang minat terhadap pendidikan.
"Ainan menghadiri sekolah dasar selama tiga tahun di Singapura dan merasa bosan," cerita Valentine.
Bapa kanak-kanak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fizik kerajaan, pengasas dan pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) dan agensi berita, Reuters.
Mencari sebuah universiti yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan, usaha Valentine dan Syahidah akhirnya berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran daripada beberapa buah kolej dan universiti di Malaysia.
Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan.
Selain menuntut dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.
"Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan," kata Valentine.
Memudahkan lagi pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia bersetuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP.
Demi Ainan juga, Syahidah dan dua adik Ainan, Fintan Cawley, 6, dan Tiarnan Cawley, 4, juga menetap di Malaysia.

VALENTINE percaya Ainan akan mendapat pendidikan yang lebih baik dan fleksibel di Kolej Universiti HELP.


Fintan dan Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan minda yang hampir dengan Ainan cuma mereka memiliki kekuatan masing-masing dalam bidang berbeza.
Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah, melahirkan rasa gembira dan bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universiti itu.
"Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru di HELP," katanya.
Tiada makanan tambahan
Tidak terlalu bimbang dengan sajian makanan untuk Ainan di Malaysia, akui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa diberikan untuk Ainan.
"Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai.
"Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya mengandung normal seperti wanita lain," kata Syahidah.
Kanak-kanak pintar

VALENTINE bersama dengan isterinya, Syahidah dan tiga orang anaknya (dari kiri) Tiarnan, Ainan dan Fintan.


Malaysia juga mempunyai kanak-kanak pintar. Adi Putra Abd. Ghani, 11, yang merupakan seorang kanak-kanak prodigi dalam bidang matematik di Malaysia.
Adi yang dilahir di Bagan Serai, Perak memiliki kepintaran dalam matematik sejak berusia lima tahun lagi.
Dia mampu mencetuskan formula-formula baru dalam bidang matematik yang hanya boleh dilakukan oleh profesor matematik di universiti sahaja.
Adi juga begitu mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara lima hingga enam digit.
Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar, memang dari sudut psikologi beliau bersetuju terdapat faktor genetik dan persekitaran yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu pintar.
"Kebanyakan kanak-kanak pintar disebabkan oleh faktor genetik. Namun begitu, jika ia ditambah dengan stimulasi, rancangan masa depan dan persekitaran yang sihat daripada ibu bapa mereka, kanak-kanak itu akan menjadi lebih pintar apabila mereka dewasa kelak," katanya.


 

Ahad, 20 Mei 2012

JOM BELI : MANDIAN HERBA UNCANG


 





                                                                          

Mandian Herba Uncang
Harga :  RM 35 seunit
Berminat sila hubungi saya :
013-484 6044,
EMAIL: shakimahsha@ymail.com





Informasi Produk
MANDIAN HERBA UNCANG (Mandian Biasa/Sauna/Bertangas)
Bagi Wanita selepas bersalin amat sesuai sekali menggunakan mandian herba.
Pengenalan Ringkas
Bahan-Bahan : Daun Pandan, Serai Wangi, Pucuk Jambu, Daun Sireh. Daun Lengkuas, Bunga Inai Dan Herba-Herba.
Mengapa Setiap Wanita Memerlukan Mandian Herba - Kerana Kebaikan dan keunikan yang ada didalam setiap Uncang
Diantara Khasiat Mandian Herba :
  • Membuang angin dan toksin dalam badan, mengeluarkan peluh dan membuka liang roma secara tidak langsung badan akan terasa lebih ringan dan pernafasan lebih lancar.
  • Mewangikan dan Menyegarkan badan disamping mengembalikan tenaga
  • Memecahkan Lemak
  • Mengatasi Masalah Keputihan
  • Meneggangkan Otot-Otot dalaman vagina (Bertangas)
  • Merapatkan kembali ruang Rahim
  • Mencegah bakteria dan kulat
  • Menghindari Sakit-Sakit Sendi
  • Memberi Tenaga seawal pagi
Cara-Cara penggunaan mandian :
  • Rendam 1 uncang herba kedalam air panas atau direbus mengikut sukatan dalam baldi
  • Biarkan selama 10-15 minit
  • Tambahkan air hingga menjadi suam mengikut keselesaan kulit anda
  • Mandi daripada bahagian kaki hingga dahulu hingga ke kepala, bilas dengan air biasa jika perlu.
  • Satu Uncang boleh digunakan untuk 3 Kali Mandian.
6 Sachet untuk 18 Kali Mandian
Panjang 27CM 1
Lebar 22CM

Khamis, 17 Mei 2012

JOM BELI : Buku Melatih Anak Menjadi Genius




Popular di pasaran
                   Tajuk Buku : Melatih anak menjadi Genius

                   Harga : RM 15

                   Kos penghantaran : RM6 ( Semenanjung )

                   RM9 ( Sabah,Sarawak )

( Harap maaf buku ini kehabisan stok )



Salam hormat untuk semua yang membaca blog ini.

Berita baik untuk para ibu bapa khasnya yang amat menitik beratkan pendidikan dan ilmu kepada anak-anak, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sebuah buku yang sangat baik untuk dijadikan bahan bacaan anda.

Saya sendiri telah membaca buku ini.Alhamdulillah, selepas beberapa minggu jugak ler saya mencari buku ini di pasaran, ( sekitar Pulau Pinang ),asyik habis jer..Bila dah dapat beli rasa puas hati sangat...hehe...banyak kali jugak khatam ni....erm..apa yang menarik buku ini yer..Tengok tajuk buku ni pun WOWwwww...Melatih anak menjadi genius..Terus terang,saya ni terlebih excited bab2 pendidikan awal anak.Saya percaya anak-anak kita jika dibentuk dan dilatih sedari kecil lagi ( bayi ) mereka mampu memaksimumkan kemampuan otak mereka. Impian melihat anak kita menjadi seorang yang genius bukan MUSTAHIL..saya ulangi bukan MUSTAHIL yer..tapi semua itu bergantung kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencungkil potensi anak -anak kita. JANGAN LAH KITA SEBAGAI IBU BAPA HANYA BERHARAP ANAK-ANAK KITA MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PUSAT TADIKA SAHAJA,SEKOLAH ATAUPUN TUSYEN AJER. Mulai sekarang marilah kita sendiri yang membimbing mereka. Kitalah guru terbaik untuk mereka!!!

Jika anda juga berminat dengan buku ini, tapi tak tahu nak dapatkannya di mana, anda boleh order dengan saya yer...

Anda yang berminat, sila sms ( 013-484 6044 ) atau e-mel

Melalui buku ini, pembaca memperoleh:
  • Perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum mendidik anak.
  • Tip mencintai buku gaya Hamka.
  • Cara menangani ‘mental block’ berserta tip mencungkil bakat hebat pada setiap anak.
  • Rahsia belajar sendiri gaya al-Makhzumi dan as-Suyuthi.
  • Mengenali Teori W-I-R-E-S, iaitu teori lima jenis memori manusia.
  • Mengetahui lapan strategi menggalakkan pemikiran secara produktif.
  • Mendalami langkah MASTER, iaitu langkah asas menjadi pakar dalam setiap bidang.
  • Menangani rasa panik apabila perkembangan anak tidak ‘sepantas’ orang lain.
Melatih Anak Menjadi Genius dapat mendorong menjadi diri sendiri berbekalkan keupayaan semula jadi.
Malah, mencipta suasana genius dengan terperinci, mudah difahami, dan praktikal!
Kandungan
Pendahuluan
Daftar Isi
Bab 1. Setiap Anak Dilahirkan Genius
  1. Mengapa Ada Anak Yang Bodoh?
  2. Kecerdikan
  3. Memori Manusia
Bab 2. Genius itu Apa?
  1. Maksud Genius
  2. Ciri Anak Genius (IQ 140 – 200)
  3. Keadaan Emosi Anak Genius
  4. Tujuh Kecerdasan
  5. Pentingnya Kecerdasan Emosi
  6. Tugas Mendidik
  7. Contoh Orang-orang Genius
Bab 3. Ibu Bapa: Model Peranan Sifat Genius Anak
  1. Dua Bahagian Otak
  2. Strategi Ibu Bapa
  3. Mengembangkan Potensi Anak
  4. Peranan Besar Ibu
  5. Mengembangkan Bakat Anak
  6. Jaga Kesihatan Anak
Bab 4. Menemui Sifat Genius Anak
  1. Mengetahui Cara Anak Belajar dan Alasannya
  2. Mempelajari Kebiasaan Anak di luar Waktu Sekolah
  3. Menyibukkan Anak di luar Waktu Sekolah
  4. Memasukkan Anak dalam Persatuan
  5. Memohon Bantuan Psikologi dan Pakar Pencungkil Bakat
Bab 5. Tips Membentuk Anak Genius
  1. Jadikan Rumah Sebagai Pusat Pendidikan
  2. Melatih Membaca dan Menulis Sejak Kecil
  3. Melatih Mengira Sejak Kecil
  4. Kuatkan Memori dengan Program Hafalan
  5. Tanamkan Mental Autodidaktik (Orang Yang Mendapat Kepandaian Dengan Belajar Sendiri)
  6. Perbanyakkan Mendengar dan Kurangkan Menonton Televisyen
  7. Ajak ke Perpustakaan
  8. Perbanyakkan Bercerita Tentang Tokoh Genius
  9. Ajak Berkenalan Dengan Orang-orang Besar
  10. Beri Cabaran Baru dan Ganjaran
Bab 6. Mengembangkan Sifat Genius Anak
  1. Memacu Kreativiti
  2. Pompa Cita-citanya Setinggi Langit (Pompa – memasukkan/mengajarkan banyak-banyak dgn paksa (pengetahuan dll)
  3. Bergerak Menuju Sang Juara
Bab 7. Menjadi Diri Sendiri Secara Semulajadi
  1. Berani Memilih
  2. Sedia Menerima Risiko
  3. Bertanggungjawab
  4. Kesetiaan
  5. Keutuhan
  6. Bercita-cita Tinggi
  7. Mencari Keadaan Yang Sesuai
  8. Pantang Mengalah
  9. Berorientasi Sosial
Bab 8. Menjawab Cabaran Abad Informasi Global
Penutup
Daftar Pustaka
Glosari
Tentang Penulis